Far-East Here !!!

Saturday 28 December 2013

Teman (sajak)

Assalamualaikum semua. harini aku mendapat ilham untuk mmbuat sajak untuk teman-2 ku.



Ku menyusuri layar kehidupan yang penuh onak dan liku.
namun, tidak dapat ku bertahan dengan pahit getir kehidupan .
Aku, mula berputus asa sedang kiri kanan ku memaksa aku untuk terus jatuh.
ketika itu, kau menyapa aku dengan penuh kelembutan mu.
mengingatkan aku untuk terus mara kehadapan,
kau katakan, " sahutlah cabaran dan raihlah kejayaan".
kau membuat aku bangun dan merasakan diri, "bagai mati hidup semula".

namun kini, engkau telah pergi,
berada jauh dari pandangan mata ku yang sempurna.
kita berada jauh demi mengejar harapan dan cita-cita
Dengan niat kerana ALLAH dan  untuk membanggakan kedua orang tua.

Aku mulai rindu dengan nasihat yang selalu diberikanmu.
lantas , ku luahkan melalui sekeping kertas.
Ku biarkan penaku ini menulis,
segala hasrat yang tersimpan dalam hati.
dan setiap hari, ku bedoa pada Ilahi.
semoga engkau selalu diberkati

dan ku titipkan photo kita bersama,
agar kau segar di ingatan ku selamanya.
memori indah itu milik kita,
semoga engkau tidak akan pernah merasa duka cita.
jika ada masa dan ketika,
jika Tuhan berfirman "jadilah"
pasti kita akan bertemu semula (walau sejauh mana dikau berada)

Monday 9 December 2013

Di saat lafaz sakinah

Assalamualaikum w.b.t  hari ini,
aku, ingin menceritakan tentang suatu peristiwa penting yang berlaku dalam kehidupan aku dan keluargaku.
 Detik penuh indah ini, bermula sewaktu, abangku, Mohamad Farhan bin Mahadi , melafazkan akad nikah dengan wanita idamannya Nur Marinah bt Zainuddin.

Wanita berwajah ayu itu, telah dikenali olehnya semenjak mereka berusia 14 tahun lagi. ketika itu, mereka bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama johor jaya. Hubungan yang memakan masa hampir belasan tahun itu, diakhiri dengan sebuah pernikahan pada tangal 29, bulan November tahun 2013 pada hari jumaat.

Sebak yang tidak terhingga, pabila seorang abang yang aku sekeluarga kasihi, selesai mengungkapkan lafaz sakinah yang penuh bermakna yang tidak mampu diungkapkan melalui pertuturan mahu pun lisan seperti mana yang cuba aku sampaikan di dalam blog aku ini. Tidak ku duga, masa terlalu pantas berlalu sehinggakan aku sekeluarga bakal menerima seorang lagi ahli keluarga jelita di dalam keluaga ku ini.






           
              sweet kan? ini lah mereka di zaman sekolah dahulu...             






                                   Aku doakan agar pasangan ini, terust bersama dan berbahagia di akhir hayat mereka  AMINN :)