Far-East Here !!!

Monday 13 January 2014

Puisi untukmu Rasulullah

Dikeheningan malam yang syahdu , dikala bulan memancar terang,
teringat ku pada seorang insan yang diutus Allah kedunia untuk menyampaikan wahyu yang dimilikinya .
Dia bukan manusia biasa meskipun bergelar manusia. Dia adalah "kekasih ALLAH"

dear Rasulullah,
 tatkala aku terlihat bulan , aku merasa tenang.
sinaran bulan purnama yang terang itu ibarat  terang nya sinar mukamu.
 Bagaimanalah engkau sanggup membiarkan syurga ALLAH yang diimpikan oleh setiap insan hanya demi menungguku, umat mu.
ya Rasulullah , besar sungguh pengorbanan mu wahai kekasih ALLAH.. selawat dan salam ke Atas mu..
moga kau memberikan syafaatmu. Al-fatihah.



moga dapat mengikuti akhlakmu duhai kekasih Allah <3

Monday 6 January 2014

kita sudah semakin tua! 2014

Assalamualaikum kepada semua,

sedar tak sedar, kita telah berada di tahun2014. pabila tahun meningkat, umur kita pun meningkatlah.



Pabila umur meningkat, sedar tak sedar, nikmat yang telah ALLAH berikan kepada kita semakin kurang. satu demi satu nikmat ditariknya. Pabila usia bertambah semestinya , umur kita untuk menghadap Ilahi semakin dekat.

Antara nikmat yang ditarik ialah kesihatan tubuh badan  dimana, pabila seseorang telah berada di usia tuanya pasti sukar untuk mengerjakan perkara-perkara yang  dikerjanya dulu.. tak kiralah bersukan ke, beribadah ke , namun yang pasti , kuderat kita semakin lemah.. semakin tidak berdaya... disaat itu....
      yang hensem mungkin sudah pudar,
      yang cantik dan jelita mungkin telah berkedut,
      jejaka mahupun wanita yang hot dulunya mungkin telah Dilupakan,
      Dipinggirkan dan TAK LAKU lagii..

persoalanya  , ketika kuderat kita semakin lemah, apakah amalan yang kita boleh lakukan untuk melepasi titian sirat?
mengapakah kita mengejar dunia yang pasti menemui hari akhirnya?
mengapakah kita tidak cuba sedaya upaya memperbaiki diri ketika di usia muda dahulu?

ketika itu mungkin  rozita che wan sudah tidak dikenali.
ketika itu mungkin Adi putra tidak terdaya untuk bangun
ketika itu Kuangsoo mungkin telah nyayuk...  ingat masa pantas berlalu... meninggalkan kita.


JACKIE CHAN :













jackie chan dahulunya diminati ramai akibat rupa paras dan fizikal. tetepi kini dimanakah dia??


NASIR BILAL KHAN :



NAMPAK KAH ANDA PERBEZAAN MEREKA?? itu lah kita nanti....







muka kami pun semakin tuaa nanti...
Daku menyeru kepada semua, mari lah kita beristighfar kerana semakin cepat waktu berlalu,
semakin pantas kita menemui ALLAH.

persoalannya, apakah amalan kita???


sekiannn wasalammmm from
hamba ALLAH


Friday 3 January 2014

Rinduuu


 Setiap yang bertemu pasti akan berakhir dengan perpisahan.
Disaat itu, tabahkan lah hati wahai sahabat-sahabat ku, aku sudah tiada untuk menghentikan air matamu. 

Aku telah tiada untuk menghiburkan hatimu yang kecewa akibat kegagalan hidupmu.
Di waktu itu, aku mungkin tiada ...

Perasaan yang aku rasakan kini ada lah satu nikmat.
ALLAH yang menitipkan perasaan terindah ini, meskipun ia perit untuk disimpan.
namun biarla ia menjadi rahsia abadi.
aku tak sanggup mengatur kata-kata rindu pada mereka ...
Mereka yang terdiri daripada keluarga dan rakan-rakan.

Perkataan yang sukar untuk aku lafazkan ialah....
i miss you.






we now very far apart, but i never forget your name when i prayed.
majulah mengejar cinta dan cita-cita

salam sayang, Ismi Hamba ALLAH.