Far-East Here !!!

Saturday 28 December 2013

Teman (sajak)

Assalamualaikum semua. harini aku mendapat ilham untuk mmbuat sajak untuk teman-2 ku.



Ku menyusuri layar kehidupan yang penuh onak dan liku.
namun, tidak dapat ku bertahan dengan pahit getir kehidupan .
Aku, mula berputus asa sedang kiri kanan ku memaksa aku untuk terus jatuh.
ketika itu, kau menyapa aku dengan penuh kelembutan mu.
mengingatkan aku untuk terus mara kehadapan,
kau katakan, " sahutlah cabaran dan raihlah kejayaan".
kau membuat aku bangun dan merasakan diri, "bagai mati hidup semula".

namun kini, engkau telah pergi,
berada jauh dari pandangan mata ku yang sempurna.
kita berada jauh demi mengejar harapan dan cita-cita
Dengan niat kerana ALLAH dan  untuk membanggakan kedua orang tua.

Aku mulai rindu dengan nasihat yang selalu diberikanmu.
lantas , ku luahkan melalui sekeping kertas.
Ku biarkan penaku ini menulis,
segala hasrat yang tersimpan dalam hati.
dan setiap hari, ku bedoa pada Ilahi.
semoga engkau selalu diberkati

dan ku titipkan photo kita bersama,
agar kau segar di ingatan ku selamanya.
memori indah itu milik kita,
semoga engkau tidak akan pernah merasa duka cita.
jika ada masa dan ketika,
jika Tuhan berfirman "jadilah"
pasti kita akan bertemu semula (walau sejauh mana dikau berada)

Monday 9 December 2013

Di saat lafaz sakinah

Assalamualaikum w.b.t  hari ini,
aku, ingin menceritakan tentang suatu peristiwa penting yang berlaku dalam kehidupan aku dan keluargaku.
 Detik penuh indah ini, bermula sewaktu, abangku, Mohamad Farhan bin Mahadi , melafazkan akad nikah dengan wanita idamannya Nur Marinah bt Zainuddin.

Wanita berwajah ayu itu, telah dikenali olehnya semenjak mereka berusia 14 tahun lagi. ketika itu, mereka bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama johor jaya. Hubungan yang memakan masa hampir belasan tahun itu, diakhiri dengan sebuah pernikahan pada tangal 29, bulan November tahun 2013 pada hari jumaat.

Sebak yang tidak terhingga, pabila seorang abang yang aku sekeluarga kasihi, selesai mengungkapkan lafaz sakinah yang penuh bermakna yang tidak mampu diungkapkan melalui pertuturan mahu pun lisan seperti mana yang cuba aku sampaikan di dalam blog aku ini. Tidak ku duga, masa terlalu pantas berlalu sehinggakan aku sekeluarga bakal menerima seorang lagi ahli keluarga jelita di dalam keluaga ku ini.






           
              sweet kan? ini lah mereka di zaman sekolah dahulu...             






                                   Aku doakan agar pasangan ini, terust bersama dan berbahagia di akhir hayat mereka  AMINN :)



Sunday 24 November 2013

sahabat untill jannah :)

Ketika diri ini terleka dan alpa dengan helah dunia, engkau menyapa ku dengan penuh mesra, mengingatkan aku dengan kewujudan ilahi, agar aku tidak pernah lupa diri. thankss :)
 ni gambar satu kelas 5uthm, ini sume poyo  <3

 bila aku masuk poli aku jumpa kawan baruu,
tapi yang lama masih diingatan . love them too

                                              my greatest day with them..

time maulidurrasul. sangat best. hmm
tapi banyak lagi sahabat aku yg tak berada dalam
gambar di atas.
tapi memori persahabatan tetap di minda.

Layar keinsafan by mestica

Dalam kehidupan yang semakin mencabar ini, aku perlukan pelbagai kata-2 atau dakwah-2 yang mampu merasang diriku untuk kembali kepada pencipta ku iaitu ALLAH s.w.t  . ketika aku lalai, aku selalu mendengar lagu yang berjudul layar keinsafan by Mestica. ini sahaja cara yang boleh aku lakukan untuk mengembalikan kecintaanku kepada yang esa di akhir zaman yang penuh pancaroba.


LAYAR KEINSAFAN BY MESTICA :



Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Friday 22 November 2013

Perpisahan is a part of kehidupan.

Sudah menjadi lumrah bahawa setiap pertemuan dalam kehidupan kita, pasti akan disertai dengan perpisah. Tiada apa yang kekal  di dunia yang fana ini misalnya harta kekayaan, kejayaan , pangkat termasuklah persahabatan serta percintaan. Tiada cinta yang kekal melainkan cinta ALLAH kepada hambanya.

                 N  A  M  U  N . . .
Perpisahan itu amat menyakitkan, kita mungkin berpisah dengan orang tua kita, kita mungkin berpisah dengan adik-beradik kita, kita mungkin berpisah dengan sahabat kita, dan kita mungkin berpisah dengan kekasih hati kita. Itulah saat yang paling perit dalam hidup aku, dimana orang yang aku anggap macam family sendiri, orang yang selalu aku belajar bersama-sama dan orang yang aku berkongsi masalah dengan nya, Semuanya jauh dimata. N A M U N ku harus akui, kami perlu berpisah demi mengejar cita-cita.

Kepada semua sahabat ku, aku berharap kalian mengenang aku dalam doa kalian kerana apa-apa boleh terjadi meskipun dalam sekejap waktu. waktu terus berjalan namun kenangan kita masih segar dalam memori aku. semoga ALLAH memberkati perjuangan kita semua. A M I I N N..

Friday 15 November 2013

Di Antara Dua Kasih.


Assalamualaikum w.b.t
  Rakan- rakan yang dikasihi sekalian, hari ni, aku ingin mengkongsikan serba sedikit ilmu pengetahuan yang ada kepada korang agar kita bersama mendapat manfaatnya . InshaALLAH
Sebagai seorang insan, kita dititipkan ALLAH dengan perasaan cinta. cinta ini merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai. didalam islam kita digalakkan untuk menyemai sifat berkasih sayang sesama saudara seislam. 
Namun, ramai diantara saudara seislam yang lain mencampurkan antara cinta dan nafsu yang menyebabkan kita terleka dengan Sang pencipta. Aku sebagai insan biasa, pun pernah meletakkan rasa cinta terhadap seorang insan yang lemah  seperti aku, lebih tinggi dari Tuhan yang menjadikan diri ini. lebih tinggi dari Rasullullah yang berjaya menyampaikan wahyu dari Allah kpada umatnya. Itu la kekhilafan yang ramai di antara kita lakukan. Silalah cuba untuk hayati lirik   yang dipetik dari sebuah kumpulan nasyid UNIC yang berjudul, DI ANTARA DUA KASIH :
Deru ombak, pecah berderai.
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai                                  sekian untuk kali ini, wasalam~

Tuesday 12 November 2013

all ABOUT Me!

assalamualaikum semua yang dikasihi,
Nama diberi MOHAMAD FAIZ BIN MAHADI, aku tinggal dekat SKUDAI JAYBEE. Aku wujud di dunia yang ALLAH jadikan ni, pada tahun 95' so umur aku korang pandai-pandai la teka. Aku anak ke-4 dari empat orang adik beradik. Thats mean aku anak bongsu. Tapi aku takdelah manja sangatt. Okay, kalau pasal diri aku, yang aku dapat describe diri aku sendiri, orang nampak aku baik tapi sbenarnya aku biasa-biasa saja. Kalau dalam bab-bab agama pun masih jahil lagi sebenarnya.Aku just bertaut dan memegang basic dalam agama sahaja like solat 5 waktu satu hari dan membuat amalan wajib  serta baca AL-QURAN. Perkara sunat yang lain aku buat jika ada kelapangan sahaja. ISLAM IS SIMPLE RIGHT? bukan susah nak menyembah pencipta kita semua, 5 kali je satu hari beb. Ramai orang tak tahu sebenarnya aku ni panas baran dan cepat melenting sebab aku boleh kawal. Dari sudut berkawan, aku tak pandai sangat berinteraksi dengan kaum hawa, mesti cepat nervous. haa itulah aku, cepat nervous dalam semua bab. itu yang membuat aku susah nak berkawan dengan sang wanita. Tapi, tak bermakna aku takde kawan langsung dengan kaum hawa. cume susah sikit lah. aku cume tegur dengan Hawa yang aku kenali. Untuk kaum adam pula aku kurang bermasalah untuk berkawan sebab tiada batasan sangat. cume sometimes aku ni banyak over dalam bergurau, tapi mujur lah sume kawan aku boleh terima aku seadanya. Aku sedar aku banyak kekurangan tapi kawan-kawan aku baik baik belaka.
Aku dalam family  pula, aku rasa aku seorang adik yang kurang berjasa pada abang dan akaknya. aku sayang diorang tapi aku tunjukkan sebaliknya.
Aku sebagai seorang anak pula, hmm sangat menyedih kan. aku masih belum mampu berjasa pada kedua orang tuaku.Masih belum mampu untuk menurut segala arahan dan perintah mereka spenuhnya. Belum mampu untuk melembutkan tutur kataku terhadap mereka. senang citer belum mampu untuk menjadi anak yang soleh lah kiranya. Itu pada pandangan aku. Tapi INSYALLAH one day, i will make them proud of me. AND WILL OBEY ALL THEIR WORD. IshAALLAH , perlahan-lahan aku mengayuh. NANTI sambung cerita INSHAALLAH <3

MISS ALL MEMBERS OF SKBS ,SMKTDS AND POLI

Monday 11 November 2013

I n t R o

assalamualaikum pembuka bicara...
Hai semua, kabarey ? waras ? nama diberi Mohamad Faiz bin Mahadi tapi di laman sesawang ni, biarlah aku dikenali sebagai ISMI ABDULLAH  kerana , perkataan yang aku ambil dari bahasa arab itu membawa maksud "nama saya ialah Hamba ALLAH". so bila ada orang tanya sapa nama aku, aku jawab lah Ismi Abdullah. maksudnya tidak perlu lah aku ulang sebab aku da mention tadi.. hehe. tujuan utama blog ni dibuat sebab aku nak share  tentang masalah yang dihadapi remaja atau manusia akhir zaman . macam mana kita nak menentang hawa nafsu kita .  Aku sebenarnya risau dengan diri aku, takutlah pulak kalau aku, tak lepas ke syurga ALLAH. so, harap, dengan adanya blog ini, aku dapat menjadi lebih baik daripada sebelumnya. aku harap, dengan adanya blog ini, aku dapat menyelesaikan masalah aku dan lastly, aku harap dapat share segala ilmu yang aku tahu kepada korang agar kita bersama mendapat manfaatnyaa. insyaALLAH..