Far-East Here !!!

Saturday 22 November 2014

Mencuba

Assalamualaikum n hai guys.

          Alhamdulillah, sudah dua semester's break saya diberi peluang dan kesempatan untuk mempromosikan salah satu produk tempatan yang paling superb iaitu mempromosikan produk Joywash . Joywash ni sebuah syarikat yang mengedarkan bahan-bahan pencuci untuk kegunaan kedai dan rumah. Syarikat ini milik bapa sahabat saya , Muhammad Hazim bin Rozmi. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan  kerna produk yang kami jual ini amat berkualiti tinggi. Saya yang berkerja dibahagian marketing sendiri amat yakin yang produk ini mampu bersaing dan menempatkan diri dalam pasaran Malaysia.

               So, bahagian marketing ni mestilah bergaya dari segi pakaian . Mestilah goodlooking . Cakap mesti mahu confident .  Kene buang rasa malu sebentar . Mesti berfikiran positive . Kene berani ambil resiko. Mesti belajar bersabar dengan kemahuan para pelanggan. mesti sopan santun .
Yang paling-paling penting ialah Ketenangan. Kalau kita tenang , baru apa yang ingin disampaikan itu terlaksana dengan berkesan . Jangan terburu-buru untuk bercakap. Take your time dude. And plan dulu apa yang nak disampaikan. Atur stratergy demi stratergy . That what we've done . Apapun rezeki itu milik Allah. Mintaklah pada Dia.

senyum Dan bersabar.

Hansome dan kemas bukan . cewaa

Main purpose untuk saya bekerja pada setiap cuti sem ialah saya nak latih diri saya untuk menjadi seorang anak , adik , rakan dan kekasih yang bertanggungjawab . Saya juga ingin meningkatkan rasa sabar dalam diri disamping menyemai rasa "respect" kat semua orang. Bukan senang nak cari duit . Jangan tau enjoy duit ak ayah je. kasihanilah mereka . Faiz yang dulu bukanlah yang sekarang. cewaaaaa.

Nak berjaya  mestilah :
  • jaga hubungan sama orang tua
  • banyakkan bersedekah kepada yang memerlukan
  • berfikiran positive
  • berani mencuba
  • banyak mengatur stratergy
  • jangan bongkar dan takbur
  • Berusaha bersungguh-sungguh
  • Banyakkan berdoa kepada ALLAH
  • Berserah hanya pada-Nya

Terima kasih ditujukan kepada Family angkat saya iaitu Encik Rozmi sekeluarga kerana  memberi saya peluang bekerja dengan syarikat yang suatu hari nanti Pasti Maju . inshaAllah. saya yakin. semoga Allah memberkati hidup kalian.

ALHAMDULILLAH. 

Sekian , F to A to I to Z .


         

Tuesday 18 November 2014

Sempurna Bukan Aku

Assalamualaikum n hai ...

Kesempurnaan itu bersyarat .
Untuk melengkapkan kesempurnaan itu sukar .
Bukankah aku manusia biasa ? mana datang sempurnanya?
Tidakkah kita tahu sempurna itu hanya Pada-Nya?

Aku bukannya udara untuk kau hidu . Bukan .
Aku tidak bisa menjadi awan tempat Hengkauu berlindung . Tidak
Aku bukannya teknologi yang mempermudahkan segala urusan hidupmu. Bukan.
Aku juga bukan lilin yang menerangi hidup mu ...
... Tapi Dia . Maha Berkuasa . Maha Pemurah . Maha penyayang.

Aku hanya hamba yang tujuannya untuk beribadah kepada-Nya.
Meskipun lalai diperedaran zaman. ku cuba.
Meskipun aku tidak sepersis tujuan aku dijadikan di muka bumi Allah ini.
Namun , ku cuba.

Rahmat-Nya mengatasi segalanya . Hari kiamat belum tiba . Ajal pun belum hadir .

Tidakkah Hengkauu mampu menerima aku apa adanya?
... Tidak mengapa , Dia ada senantiasa ...

Lupakan kesedihan , gantikan dengan kegembiraan .
Hari yang lalu milik kesedihan .
Hari ini milik kegembiraan .
Malam lalu milik mereka ,
Malam ini kita punya !



Tak syok tiada gambar.

sebenarnya dalam gembira kita kena fikir tentang kesedihan agar tidak lalai dan leka.
Luahan kata-kata diatas jadikan pedoman .
Terimalah mereka , takkiralah keluarga , teman , isteri dll  seadanya..
Mereka memang tak sempurna . Begitu juga kita.
Apa nak dipandang dengan paras rupa dan harta?
Sedangkan yang penting iman , hati .
Dunia sementara . Akhirat bersifat abadi.

sekian ,
#MalamIniKitaPunya .
papai. tc. nite-2 .muak-muak.


Memory- Takkan Hilang ...

Assalamualaikum n hai ...

kenangan milik kita. kan?

         Setiap pertemuan telah ditentukan-Nya. Pertemuan pula pasanganya perpisahan. 
Semakin meningkat umur , Semakin banyak kenangan tercipta . Ada yang suka . Suka pula pasangannya duka.Yang duka pula menjadikan pengalaman hidup lebih bermakna . Terkakadang duka yang membawa kita ke pangkal jalan dan menemukan kita dengan kebahagiaan. 

        Sedia maklum, kenangan saban hari, saban waktu, pasti tercipta. Namun yang lalu biar berlalu. 
Yang berlalu, membangkitkan rasa rindu . Namun umur seiringan berjalan dengan masa. Dan diri ini, menunggu tarikh luput dengan relanya . 

        Kenangan yang kau -aku bina, itu milik kita sepenuhnya. Diriku ini sentiasa ingin kembali ke dahulu kala. Dimana kita "had a great time together" . Namun ku sedar , itu semua kenangan and it's part of kehidupan. Dalam kehidupan tak semestinya kita dapat apa yang kita mahukan. Tuhan mengatur segalanya dengan Maha Sempurna. Tak semestinya apa yang kita inginkan itu terbaik untuk kita. Dia lagi Maha Mengetahui. Kita cuma seorang hamba.  Sedar diri itu sesesuatu yang bagus.

        Ingin ku nyatakan dalam ruangan blog yang kecil ini . Kehadiran kalian dalam hidupku amat bermakna. Rasa rindu pada guru, rakan -rakan dibangku persekolahan memang tidak boleh diabaikan hati .Hati ini masih meronta ingin kembali seperti sedia kala. Seakan tak percaya yang umurnya meningkat dewasa. Kita terpisah jauh dari mata, tidak dalam memori. Rindu juga pada kisah lama.
     
        Walaupun kita baru saja berkenalan. tapi hati ini merasa dekat . Namun rindu tak kira waktu.
"Budak DEE" , ku rindu juga padamu . memory di simpan didalam hati. tak perlu dalam gambar. dalam gambar rindu menjadi hambar dan pudar. memory dalam hati, rindu menjadi segar dan akan terus mekar.


                                            Mohamad Faiz Bin Mahadi , 2014 .

        




Sunday 9 November 2014

Apa khabar ?

Assalamualaikum dan hai.

Alhamdulillah, hari Khamis bersamaan, 6 November 2014, tepat pada pukul 4.30 , saya dan rakan seperjuangan telah selesai  menjawab soalan final examination yang terakhir iaitu subjek Electronic Circuit. So, ingin ku bertanya kepada sekalian ummat yang sudi meneliti susun atur ayat yang terdapat di Blog ku yang tak seberapa ini.


      Saya tanya Apa Khabar ?
      adakah kalian dalam keadaan sihat walafiat?

      Saya tanya Apa Khabar ?
      adakah kalian sedang bermuram durja?

      Saya tanya Apa Khabar?
      tidakkah kalian merinduiku?

      Saya tanya Apa Khabar?
      apa cerita dengan iman kalian?

      Saya tanya Apa Khabar?
      dimana kalian berada?

      Saya tanya Apa Khabar?
      mungkinkah kita berjumpa lagi?


-Kerna ku tak pasti akan berada disisimu selamanya.


"kita berpisah hanya sementara sahabatku, demi mengejar cita-cita.
  kita terpisah hanya berjauhan jasad , tapi hati kita berada dekat senantiasa.
  kita berpisah walau tiada rela , kerna pertemuan dan perpisahan telah ditentukan-Nya" .


Mohamad Faiz bin Mahadi




Monday 3 November 2014

AIR TERJUN

Assalamualaikum n hai.

2.11.2014- Kota tinggi. Allhamdulillah , dengan izin bonda dan ayahanda,  dapat lah saya berpeluang ke kota tinggi untuk bermandi-manda dengan kawan-kawan seperjuangan.  Pada mulanya, mereka keberatan untuk melepaskan saya pergi, tapi saya cakap "nak cari pengalaman". mereka izinkan juga akhirnya. dapat la aku merasa sebuah perjalanan singkat di atas muka bumi Allah ini. so, here i give some photos of me and my friends. hope you guys njoy. but sorry, no panorama.. btw, entry, Rm 7.50 untuk orang dewasa + kereta kene bayar RM 3.


shelamatt datang ke kota tinggi. terima kasih KANCIL ku.



masa mula sampai. ni bahagian bawah. 


bahagian paling atas air terjun. pergh penat mendaki.


last saya kasik. jangan mintak lagi okay?

okay, itu saja, Assalamualaikum. kita jumpa lagi inshaAllah. Memang indah. subhannallah.
"semakin jauh perjalanan, luas pemandangan , bertambah ilmu pengetahuan. kucuba menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan cara yang tenang. " 


Tasik Biru

Assalamualaikum n hai viewers.

30.1.2014 - Tasik biru, seri alam, Pasir Gudang. My friends and I hve a very wonderful evening at Tasik Biru. Sebenarnya tasik ini merupakan kawasan larangan tapi kerana tahap ingin tahu yang mengemuncak telah membuatkan kami meredah kawasan larangan itu. Tempat nya begitu indah dan seriously rasa nyaman sangat tatkala menjejakkan kaki di Tasik tersebut. Keindahan ciptaan Allah yang Maha Hebat itu saya rakamkan melalui gambar dibawah :
Tiada kata secantik tasik ini. biarlah gambar berbicara
Saya jakun n i'm happy with it

Selfie sikett, Subhannallah

Biru dan kami tenang, hati ditambat.

stay calm dear engineer~ inshaAllah


Allamdulillah, masih punya mata . masih bisa ku melihat keindahanNYA.
Alhamdulillah, masih punya rasa , masih dapat merasai warna-warni kehidupan yang penuh berliku.

padaMu Tuhan, kuserah segalanya.

assalamualaikum , paksu sayang Mirza.




Tasik layang-layang

Assalamualaikum n hai,

29.10.2014 - saya n rakan-2 berpeluang untuk merehatkan minda sebentar di tasik layang-layang . Tasik ini merupakan tasik buatan. lokasi ini amat sesuai bagi sesiapa yang ingin beriadah sambil melihat kehijauan alam. Here i'll give you some photos of us. njoy guys.

Cahaya untuk KITA!


nothing to say


sun set, almost

Alhamdulillah, masih ada keindahan di kawasan perindustrian.