Far-East Here !!!

Monday 26 January 2015

Kebuntuan mencari penyudah

assalamualaikum dan hai penduduk kampung.

      "stay fit for the tournament".
Aku sekarang sedang menjalani praktikal di sebuah kilang terkemuka (rahsia) . so untuk group praktikal ni, kami ada team futsal sebab in februari akan ada tournament yang dianjurkan oleh engineer kilang. Posisi aku dalam team seorang striker. aku tahu kualiti aku di posisi itu. Tapi lately, aku rasa tumpul sikit. sebenarnya, puncanya dari kurang latihan dan aku rasa aku sangat tak fit. sebenarnya aku teringin nak jadi seorang penyerang untuk pasukan JDT tp siapalah yang mampu kesan bakat aku ni. haha. Lagipun aku da nak cecah 20-an that mean peluang aku amat tipis.

Aku selalu berangan- angan untuk menyarung jersi Johor. tp angan  tetap angan. aku rasa memang angan - angan akan terus menjadi angan-angan. tiada realitinya disitu. tapi kalau aku diberi peluang, aku tahu apa yang aku boleh sumbangkan kepada team ni. Anak jati johor mestilah nak berkhidmat untuk johor yedak.. actually, aku rasa, sepanjang aku menceburkan diri dalam bidang bola sepak yang tak professional ni, aku dah banyak jaringkan goal superb. aku rasa aku layak untuk main secara professional. haha. tp angan tetap angan. mungkin sebab aku tiada cable kot.. tapi best jugak berangan...

okay, berbalik kepada tajuk, aku lately buntu mencari goal. Benda ni berpunca sebab satu masalah je. iaitu lacked of confidences.  tapi aku boleh bangkit. actually tak teruk mana, tp aku tahu apa yang aku boleh buat.  sorry lah kepada viewers sebab kali ini aku memang nak tulis syok sendiri sikit. sebab aku tahu apa yang aku boleh buat. persoalanya, adakah semua impian akan menjadi kenyataan? aku harap ya.  kalau ada peluang dan ruang, kalau itu yang terbaik untuk aku, inshaAllah  boleh.

Sunday 11 January 2015

Aku berada dimasa lalu mu.

Assalamualaikum dan hai...

setiap manusia tidak pernah terlepas dari silapnya.
silapnya manusia terkadang amat besar sehingga menutup segala kebaikan dalam dirinya.
kenangan diulik kembali oleh para hakim dan juri dunia. Mereka amat kejam.
Menghukum tanpa menilai, menghukum tanpa menerima bukti dan tinta serta bela seorang khilaf di masa lalu. silap. kamu memang silap. Ujar hati kecilku sambil tersenyum.
"Don't dare to judge me by my pass because i don't live there anymore".
tapi apapun it's up to you. i'll never look back anymore. move on. no stalking keep walking.
tiada istilah marah dan kecewa. tapi sudah tiada masa. masa dimasa lalu terlalu padat dengan menunggu . masa sudah terkikis sampai pembaziran berlaku. maaf. good bye masa lalu
no turning back
kiasan di atas untuk kau dan aku. agar kita sentiasa bergerak .umur makin meningkat . jangan menunggu untuk berubah. jangan biar kemahuan mu untuk bahagia disekat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a : eh, aku  nak jumpa sangat la dengan nya.
b : siapa weh engkau nak jumpa sangat tu??
a : kebahagian. aku dah lama tak rasa..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

selamat maju jaya. from paeh a.k.a pagis