Far-East Here !!!

Saturday 22 November 2014

Mencuba

Assalamualaikum n hai guys.

          Alhamdulillah, sudah dua semester's break saya diberi peluang dan kesempatan untuk mempromosikan salah satu produk tempatan yang paling superb iaitu mempromosikan produk Joywash . Joywash ni sebuah syarikat yang mengedarkan bahan-bahan pencuci untuk kegunaan kedai dan rumah. Syarikat ini milik bapa sahabat saya , Muhammad Hazim bin Rozmi. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan  kerna produk yang kami jual ini amat berkualiti tinggi. Saya yang berkerja dibahagian marketing sendiri amat yakin yang produk ini mampu bersaing dan menempatkan diri dalam pasaran Malaysia.

               So, bahagian marketing ni mestilah bergaya dari segi pakaian . Mestilah goodlooking . Cakap mesti mahu confident .  Kene buang rasa malu sebentar . Mesti berfikiran positive . Kene berani ambil resiko. Mesti belajar bersabar dengan kemahuan para pelanggan. mesti sopan santun .
Yang paling-paling penting ialah Ketenangan. Kalau kita tenang , baru apa yang ingin disampaikan itu terlaksana dengan berkesan . Jangan terburu-buru untuk bercakap. Take your time dude. And plan dulu apa yang nak disampaikan. Atur stratergy demi stratergy . That what we've done . Apapun rezeki itu milik Allah. Mintaklah pada Dia.

senyum Dan bersabar.

Hansome dan kemas bukan . cewaa

Main purpose untuk saya bekerja pada setiap cuti sem ialah saya nak latih diri saya untuk menjadi seorang anak , adik , rakan dan kekasih yang bertanggungjawab . Saya juga ingin meningkatkan rasa sabar dalam diri disamping menyemai rasa "respect" kat semua orang. Bukan senang nak cari duit . Jangan tau enjoy duit ak ayah je. kasihanilah mereka . Faiz yang dulu bukanlah yang sekarang. cewaaaaa.

Nak berjaya  mestilah :
  • jaga hubungan sama orang tua
  • banyakkan bersedekah kepada yang memerlukan
  • berfikiran positive
  • berani mencuba
  • banyak mengatur stratergy
  • jangan bongkar dan takbur
  • Berusaha bersungguh-sungguh
  • Banyakkan berdoa kepada ALLAH
  • Berserah hanya pada-Nya

Terima kasih ditujukan kepada Family angkat saya iaitu Encik Rozmi sekeluarga kerana  memberi saya peluang bekerja dengan syarikat yang suatu hari nanti Pasti Maju . inshaAllah. saya yakin. semoga Allah memberkati hidup kalian.

ALHAMDULILLAH. 

Sekian , F to A to I to Z .


         

Tuesday 18 November 2014

Sempurna Bukan Aku

Assalamualaikum n hai ...

Kesempurnaan itu bersyarat .
Untuk melengkapkan kesempurnaan itu sukar .
Bukankah aku manusia biasa ? mana datang sempurnanya?
Tidakkah kita tahu sempurna itu hanya Pada-Nya?

Aku bukannya udara untuk kau hidu . Bukan .
Aku tidak bisa menjadi awan tempat Hengkauu berlindung . Tidak
Aku bukannya teknologi yang mempermudahkan segala urusan hidupmu. Bukan.
Aku juga bukan lilin yang menerangi hidup mu ...
... Tapi Dia . Maha Berkuasa . Maha Pemurah . Maha penyayang.

Aku hanya hamba yang tujuannya untuk beribadah kepada-Nya.
Meskipun lalai diperedaran zaman. ku cuba.
Meskipun aku tidak sepersis tujuan aku dijadikan di muka bumi Allah ini.
Namun , ku cuba.

Rahmat-Nya mengatasi segalanya . Hari kiamat belum tiba . Ajal pun belum hadir .

Tidakkah Hengkauu mampu menerima aku apa adanya?
... Tidak mengapa , Dia ada senantiasa ...

Lupakan kesedihan , gantikan dengan kegembiraan .
Hari yang lalu milik kesedihan .
Hari ini milik kegembiraan .
Malam lalu milik mereka ,
Malam ini kita punya !



Tak syok tiada gambar.

sebenarnya dalam gembira kita kena fikir tentang kesedihan agar tidak lalai dan leka.
Luahan kata-kata diatas jadikan pedoman .
Terimalah mereka , takkiralah keluarga , teman , isteri dll  seadanya..
Mereka memang tak sempurna . Begitu juga kita.
Apa nak dipandang dengan paras rupa dan harta?
Sedangkan yang penting iman , hati .
Dunia sementara . Akhirat bersifat abadi.

sekian ,
#MalamIniKitaPunya .
papai. tc. nite-2 .muak-muak.


Memory- Takkan Hilang ...

Assalamualaikum n hai ...

kenangan milik kita. kan?

         Setiap pertemuan telah ditentukan-Nya. Pertemuan pula pasanganya perpisahan. 
Semakin meningkat umur , Semakin banyak kenangan tercipta . Ada yang suka . Suka pula pasangannya duka.Yang duka pula menjadikan pengalaman hidup lebih bermakna . Terkakadang duka yang membawa kita ke pangkal jalan dan menemukan kita dengan kebahagiaan. 

        Sedia maklum, kenangan saban hari, saban waktu, pasti tercipta. Namun yang lalu biar berlalu. 
Yang berlalu, membangkitkan rasa rindu . Namun umur seiringan berjalan dengan masa. Dan diri ini, menunggu tarikh luput dengan relanya . 

        Kenangan yang kau -aku bina, itu milik kita sepenuhnya. Diriku ini sentiasa ingin kembali ke dahulu kala. Dimana kita "had a great time together" . Namun ku sedar , itu semua kenangan and it's part of kehidupan. Dalam kehidupan tak semestinya kita dapat apa yang kita mahukan. Tuhan mengatur segalanya dengan Maha Sempurna. Tak semestinya apa yang kita inginkan itu terbaik untuk kita. Dia lagi Maha Mengetahui. Kita cuma seorang hamba.  Sedar diri itu sesesuatu yang bagus.

        Ingin ku nyatakan dalam ruangan blog yang kecil ini . Kehadiran kalian dalam hidupku amat bermakna. Rasa rindu pada guru, rakan -rakan dibangku persekolahan memang tidak boleh diabaikan hati .Hati ini masih meronta ingin kembali seperti sedia kala. Seakan tak percaya yang umurnya meningkat dewasa. Kita terpisah jauh dari mata, tidak dalam memori. Rindu juga pada kisah lama.
     
        Walaupun kita baru saja berkenalan. tapi hati ini merasa dekat . Namun rindu tak kira waktu.
"Budak DEE" , ku rindu juga padamu . memory di simpan didalam hati. tak perlu dalam gambar. dalam gambar rindu menjadi hambar dan pudar. memory dalam hati, rindu menjadi segar dan akan terus mekar.


                                            Mohamad Faiz Bin Mahadi , 2014 .

        




Sunday 9 November 2014

Apa khabar ?

Assalamualaikum dan hai.

Alhamdulillah, hari Khamis bersamaan, 6 November 2014, tepat pada pukul 4.30 , saya dan rakan seperjuangan telah selesai  menjawab soalan final examination yang terakhir iaitu subjek Electronic Circuit. So, ingin ku bertanya kepada sekalian ummat yang sudi meneliti susun atur ayat yang terdapat di Blog ku yang tak seberapa ini.


      Saya tanya Apa Khabar ?
      adakah kalian dalam keadaan sihat walafiat?

      Saya tanya Apa Khabar ?
      adakah kalian sedang bermuram durja?

      Saya tanya Apa Khabar?
      tidakkah kalian merinduiku?

      Saya tanya Apa Khabar?
      apa cerita dengan iman kalian?

      Saya tanya Apa Khabar?
      dimana kalian berada?

      Saya tanya Apa Khabar?
      mungkinkah kita berjumpa lagi?


-Kerna ku tak pasti akan berada disisimu selamanya.


"kita berpisah hanya sementara sahabatku, demi mengejar cita-cita.
  kita terpisah hanya berjauhan jasad , tapi hati kita berada dekat senantiasa.
  kita berpisah walau tiada rela , kerna pertemuan dan perpisahan telah ditentukan-Nya" .


Mohamad Faiz bin Mahadi




Monday 3 November 2014

AIR TERJUN

Assalamualaikum n hai.

2.11.2014- Kota tinggi. Allhamdulillah , dengan izin bonda dan ayahanda,  dapat lah saya berpeluang ke kota tinggi untuk bermandi-manda dengan kawan-kawan seperjuangan.  Pada mulanya, mereka keberatan untuk melepaskan saya pergi, tapi saya cakap "nak cari pengalaman". mereka izinkan juga akhirnya. dapat la aku merasa sebuah perjalanan singkat di atas muka bumi Allah ini. so, here i give some photos of me and my friends. hope you guys njoy. but sorry, no panorama.. btw, entry, Rm 7.50 untuk orang dewasa + kereta kene bayar RM 3.


shelamatt datang ke kota tinggi. terima kasih KANCIL ku.



masa mula sampai. ni bahagian bawah. 


bahagian paling atas air terjun. pergh penat mendaki.


last saya kasik. jangan mintak lagi okay?

okay, itu saja, Assalamualaikum. kita jumpa lagi inshaAllah. Memang indah. subhannallah.
"semakin jauh perjalanan, luas pemandangan , bertambah ilmu pengetahuan. kucuba menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan cara yang tenang. " 


Tasik Biru

Assalamualaikum n hai viewers.

30.1.2014 - Tasik biru, seri alam, Pasir Gudang. My friends and I hve a very wonderful evening at Tasik Biru. Sebenarnya tasik ini merupakan kawasan larangan tapi kerana tahap ingin tahu yang mengemuncak telah membuatkan kami meredah kawasan larangan itu. Tempat nya begitu indah dan seriously rasa nyaman sangat tatkala menjejakkan kaki di Tasik tersebut. Keindahan ciptaan Allah yang Maha Hebat itu saya rakamkan melalui gambar dibawah :
Tiada kata secantik tasik ini. biarlah gambar berbicara
Saya jakun n i'm happy with it

Selfie sikett, Subhannallah

Biru dan kami tenang, hati ditambat.

stay calm dear engineer~ inshaAllah


Allamdulillah, masih punya mata . masih bisa ku melihat keindahanNYA.
Alhamdulillah, masih punya rasa , masih dapat merasai warna-warni kehidupan yang penuh berliku.

padaMu Tuhan, kuserah segalanya.

assalamualaikum , paksu sayang Mirza.




Tasik layang-layang

Assalamualaikum n hai,

29.10.2014 - saya n rakan-2 berpeluang untuk merehatkan minda sebentar di tasik layang-layang . Tasik ini merupakan tasik buatan. lokasi ini amat sesuai bagi sesiapa yang ingin beriadah sambil melihat kehijauan alam. Here i'll give you some photos of us. njoy guys.

Cahaya untuk KITA!


nothing to say


sun set, almost

Alhamdulillah, masih ada keindahan di kawasan perindustrian.


Sunday 5 October 2014

Perlukan Bahu untuk bersandar?

Assalamualaikum dan hai rakan-rakan sekalian.


               Hari ini saya ingin mempromosikan barang. Barang ini amat baguihhh untuk sesiapa yang dalam kesedihan. saya tahu ramai yang sedang sedih, mungkin ada yang putus cinta, ada yang gaduh dengan kawan-kawan, ada yang ada masalah ditempat kerja dan bermacam-macam lagi.
     
               so biasalah kalau  ada masalah mesti ada yang sudi menjadi pendengar yedakk?? Oleh kerana permasalahan yang tidak diingini seperti ini timbul, saya telah mecipta klon saya yang saya namakan "paeh95" yang sudi menghulurkan bahunya untuk anda. yaa saya ulangi, untuk anda..
hebat bukan?? "paeh95" mampu menjadi pendengar yang setia kepada segala permasalahan anda. jika anda seorang bermasalah, cari lah dia. dia juga mampu memberi nasihat  yang mungkin berguna kepada anda. ye, mungkin anda akan lebih tenang selepas ini , inshaAllah.

              Hebat bukan  produk saya? so, produk saya yang terlajak laris ini akan di launch kan pada disember bulan hadapan. ya, harga boleh dibincang. jangan risau. just perlu mendail *017-798****
yah... so, saya ada kirim kan gambar replika "paeh95". ingat, jika ada masalah Sahaja baru gunakannya.

                                                
                                                                       "paeh95"

"sebenarnya, menjadi seorang penghibur kepada orang lain itu  lebih senang daripada menjadi penghibur kepada diri sendiri. Dan seorang penghibur kepada orang lain takkan selama-lamanya bisa menjadi penghibur. Di hujung nya nanti, berbalik kepada Allah, kerana Dia lah yang meredakan kesedihan itu, Dia lah Penyembuh, Dia lah Pendengar. Bukan saya, tapi DIa. Tapi Jika saya seorang penghibur kalian tatkala kalian ada masalah sahaja, saya terima.. walaupun saya tahu saya akan dibuang ketika kalian bahagia.saya redha"





yang benar, Faiz. sayonara...

Saturday 20 September 2014

Kelahiran terindah

Assalamualaikum n hai everyone.

               Pada 18 haribulan 8 tahun 2014, saya telah menerima gelaran paksu apabila abang saya yang sulung (along) telah bergelar bapa. Perasaan waktu tu Allah je yang tahu, rasa mcm nak je amek cuti dr poli sebab nak jengah kakak ipar n anak buah saya . masa tuh, along masih kat serawak. sian jugak kat along  sebab kelam-kabut membeli flight untuk balik ke JB. So, sebagai adik lelaki, mestilah saya nak sangat berada disamping kakak ipar pada masa itu . Nak sangat bagi dia sokongan moral. Dipendekkan cerita, setelah along balik, beberapa hari kemudiannya baru  saya dapat melihat anak buah saya tu. Nama diberi Muhammad Faqrul Mirza bin Mohd Farhan. sungguh meruntun jiwa dan perasaan. Perasaan gembira dan tenang  yang teramat pabila melihat wajah sinarnya seorang bayi yang suci daripada dosa dan noda. walaupun Mirza tengah tido, tapi wajah chumelnye tetap ditatap oleh ku berejam-rejam lamanya. balik rumah tak tengok tv pun. tengok je muka dia.


So , almost 33rd days , which mean on 18th of 8 of 2014,  Mirza pun ditahnikkan dan juga dicukur jambulnya. tanak lah cakap panjang-panjang. saya belanja gamba mirza sikit okey!


nama saya Faqrul Mirza


Jambulnya di cukur comelnye dia.. meh paksu gigit siket.


Pesanan paksu untuk Mirza : jadilah anak yang soleh, be happy always n make others happy too especially your parent. paksu memang gembira tengok wajah kamu. paksu doakan kamu berjaya didunia dan akhirat.


the end guys. salam sayang, paksu.
Ya Allah, berkati dia, berkati kedua ibubapa ku, berkati ahli keluargaku, berkati diriku dan berkati H

Wednesday 17 September 2014

It's Final exam bro!

assalamualaikum n hai kacak, hai cantik, hai manis.
hai jelitawan, hai dermawan n haluuu cendikiawan dan bob luqman..

       amacam? awak semua sihat ke? kalau tidak, silalah jaga kesihatan anda tu kerana tidak lama lagi akan menjelang hari peperiksaan. tidak kiralah spm ke, pmr ke (ada lagi ke?) ataupun budak DIP u . it's fun to have  something to test our knowledge on what we have been learnt on whole sem. Unfortunately ,  ada banyak lagi topik yang perlu di-recover for myself yang kerap buat hal sendiri dalam kelas, quite susah lah jugak nak catch-up balik pelajaran lepas, but i keep optimistic as long i have Allah on my side, it would be easier for me . InshaAllah.

So, my fellow members, silalah bersiap sedia untuk berjuang mati-matian for final examination. wake up guys (ME) ! time for make our parents proud of us. asahkan mindamu, pertajamkan pengetahuanmu. tidur secukupnya, makan secukupnya (jangan terlebih pula) , beriadah secukupnya (biar sihat). jangan tension-2. gud luck for us.  Jangan dilupa untuk memohon restu ayah dan bonda.


jangan ditiru aksi berbahaya ini.
ya Allah, aku panjatkan doaku padaMu Allah
agar ilmu yang ditimba berkekalan sepanjang hayat.
tidak luput di minda ,
tidak hilang disanubari,
agar kelak aku menjadi orang yang berguna,
kepada agama, bangsa dan tanah air tercinta.
juga agar aku pengalas harapan keluarga.
harapan ayah bonda ,
agar aku berjaya di dunia dan akhirat. aminn.


see yaa soon...


Saturday 13 September 2014

Politeknik Ibrahim Sultan (Di sini Lahirnya Sebuah Cinta)

Assalamualaikum dan hai ,

Semester 3 Kejuruteraan Elektronik & Elektrik (J K E)
         Sewaktu saya dibangku persekolahan dulu, saya selalu mengimpikan untuk masuk Universiti. pada tanggapan saya, budak U ni mesti nampak hebat,  mesti bijak, awek dia mesti cantik n blablabla.
Sapa tannak masuk U kan? tapi memandangkan keputusan SPM (2012) saya agak lemah dan teruk, saya memang slowlearner lah senang kata. So, saya hanya mendapat tawaran ke politeknik sahaja. so pada pertengahan bulan of tahun 2013, melangkahlah saya ke Politeknik Ibrahim Sultan. 

          Perspektif pertama saya , Politeknik , err.. takda standard... Namun, setelah sebulan saya menimba ilmu di situ, saya rasa bersyukur yang tak terkata. pembelajaran secara Theory dan Practical secara seimbang membuatkan pelajar lebih faham theory yang ingin disampaikan oleh pihak pensyarah. Lecturernye pun baik-baik belaka(baik disini merujuk kepada ilmu yg mereka berikan, BUKAN BERMAKNA MEREKA LEMAH LEMBUT) .most of them boleh dikatakan  garang tapi standard la, kita kan Budak Engineering. kena marah da biasa. Kami disini di train untuk menjadi Engineer. Cara kami berpakaian pun  biasa-biasa saja, tidak lah segah pakaian budak U. Yang lelaki mesti pakai pakaian berkoler mostly baju Lab for JKE. rambut takleh panjang n berwarna, takleh pakai cincin la rantai la n banyak lagi. Macam budak sekolah kan? Mula-mula memang Aku rimas Jugak. Tapi kita nak menuntut Ilmu kan? apedehal. Korang jangan fikir pasal standard sangat n jangan sibuk nak carik awek sangat. Jodoh akan tiba.
       
         So, macam saya cakap lah kan? saya kan slow learner masa kt skolah dulu, Tulisan saya pun macam cakar ayam gila, sume cikgu benci tengok tulisanm saya. tapi Bukan disini.  Perkembangan aku disini amat ketara. yang dapat lihat perkembangan tuh mestilah my parents n family n Me ofc. Tulisan makin smart. sebab apa tak tahula. mungkin sebab da seronok  kowt belajar kat sini. assgnment konpem siap. kalau kt skolah dulu jgn citerlah, dalah asyik ponteng, kerja sekolah taksiap je memanjang. So NaK dipendekkan cerita, sem 1 saya dapat pointer 3.58 mengatasi budak- budak yang spm dia dulu 6A-10A .nak kata ulat buku, Tidak!  bukan nak bangga diri, tapi untuk saya, saya dah lakukan banyak perubahan. sapa yang cakap senang tuh meh sini try jwb soalanya cmne. Ini KEJURUTERAAN ELEKTRIK ELEKTRONIK kowt! i'm not saying bidang lain senang atau tak mencabar. dan saya tak merendah-rendahkan sesiapa. Tapi antara bidang yang tersusah  antaranya bidang enginnering la. Bidang Apapun yang penting boleh buat duit sudahlah. tak kiralah fashion ke, chef ke. bole jadi kaya raya jugak ape...
 
        Berbalik pada cerita asal, dipendekkan cerita lagi, untuk Sem 2, saya dapat pointer terkumpul sebanyak 3.42. sedih lha jugak sebab tak dapat Anugerah dekan. Niat hati cuma nak banggakan Mak Ayah je yang selalu kecewa dengan saya masa waktu sekolah dulu. Tapi mereka tetap bagi saya semangat. saya rasa ni semuanya hanyalah pinjaman Dari Allah kepada saya. ni  sebab Restu kedua orang tua saya.

        sem 3, agak susah . tapi i will try my only best. Di Poli ni saya mengenal erti cintakan ilmu, jadi seorang rakan yang penyayang n so on. n i still single. hehehehe so, here i give some pictures of my friends and me. hope you guy enjoy.


say haaaaaa
     
ermm  from left azlizan, wan kedah, me , nuek, amir

gila-gila
hey dEE3B

so guys, my advise is do not carried away with your greatest achievement of result in spm or pmr. banyak dah budak straight A's pmr dapat 1-2 A's je time spm n banyak Straight A's SPM kene tendang U atau matrik n terpaksa masuk diploma balik. ingat diamana pun awak berada, kene pandai jaga diri. semaikan perasaan malu dalam diri untuk membuat  perkara yang bukan-bukan . MALU sebahagian dr iman. cuba jdi yang terbaik walau kita sememangnya tidak baik.  that is all for now. tq tc. #disinilahirnyasebuahcinta




         

Sunday 15 June 2014

Aku penyejuk mata inshaAllah~

Assalamualaikum semua...
sukar juga  ye nak jadi anak yang soleh . kalau seminit dua mungkin mudah atau gampang.
tapi untuk 24jam menjadi seorang anak yang taat begitu sukar. sebab?

1) mungkin ketika itu aku penat
2)mungkin ketika itu aku tiada mood
3)mungkin ketika itu aku ada benda lain nak buat
4) and soo onnnn. hehe

tapi semua tu tak penting. yang penting aku cuba. cuba tak meningggikan suara kat org tua aku, kat kakak aku yang aku sayangi, dan juga abang. sebut pasal abang, sometimes , happened la sikit clash of ego. hehe. tp lpas tu baik balik. aku cuba jadi anak yang soleh dan adik yang baik dan juga seorang sahabat yg baik. sukar, tapi aku mesti cuba...

A K U    M E S T I    C U B A.. and feel love untuk mencuba ke arah kebaikan. tapi ia sukar <3. semoga perkongsian yang sedikit ini mendapat manfaat bersama. maaf aku bukan sasterawan untuk mengusik hati mu dengan kata-kata indah. tapi cukuplah perbuatan mencuba yang cuba aku nukilkan . zahirkan dengan lafaz dan bukan dengan kata kerna aku tak bisa meluahkan rasa.
 tak ghetiii :)

Sunday 1 June 2014

Weird thinking.

Assalamualaikum,
Dimulakan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha menyayangi.

adakala , Ilham dan hidayah yang dikurniakan Allah kepada kita hadir tanpa mengira masa, mahupun tempat.
semenjak-duamenjak ini ,  acapkali aku  terfikir tentang kematian. misalnya , di shoping kompleks, aku sering memerhatikan gelagat manusia dipersekitaran aku ni. dan aku akan terfikir "antara aku dan dia, siapa mati dahulu?" ntah esok ntah lusa aku yang mati sebelum dia. begitulah ujar hati kecilku. entahlah, tidak tahu apa punca aku terfikir sedemikian rupa. kalaulah aku yang pergi dahulu, aku harap, makayah aku, akak-akak kesayangan aku, abang aku dan kakak iparku , serta sahabat-2  kesayangan ku memaafkan segala kesalahan aku. aku sayang korang semua. semua. aku harap kalian mendoakan kesejahteraan aku disana. ibuayah, aiz takdapat menunaikan janji yang aiz tanam  dalam hati dimana aiz berjanji nak jadi anak yang soleh sepenuhnya dan aiz takdapat menjaga kalian ketika kalian tua. maafkan anakandamu .

Thursday 29 May 2014

Arus salamusic

Nanti akan reda, segala harapan dan janji manusia .
keris dan takhta tawanan kota ditinggal jua .
oh Kekasih mengapa kubertanya  ?
adakah benar cinta kita ?
sedangkan telah kau berikan segalanya , Didalam dan diluar ...

Oh adakah ini bererti , hingusan ini telah sesat jalanya ?
Walaupun dalam keraguan umpan yang meracun ditelan jua.
~L A L U~ hanyut ~  dibawa ~ arus~
Kerna akalnya yang lemah tidak mampu melawan deras dan khayalnya !
yang mendakap di setiap penjuru ,  membuat ku lupa pada asalnya !

~L A L U~ hanyut ~  dibawa ~ arus~
Kerna akalnya yang lemah tidak mampu melawan deras dan khayalnya !
yang mendakap di setiap penjuru ,  membuat ku lupa pada asalnya !

~L A L U~ hanyut ~  dibawa ~ arus~
Kerna akalnya yang lemah tidak mampu melawan deras dan khayalnya !
yang mendakap di setiap penjuru ,  membuat ku lupa pada asalnya !

~L A L U~ hanyut ~  dibawa ~ arus~
Kerna akalnya yang lemah tidak mampu melawan deras dan khayalnya !
yang mendakap di setiap penjuru ,  membuat ku lupa pada asalnya !

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~  ~ ~ ~ ~ ~ ~
~L A L U~ hanyut ~  dibawa ~ arus~
Kerna akalnya yang lemah tidak mampu melawan deras dan khayalnya !
yang mendakap di setiap penjuru ,  membuat ku lupa pada asalnya !

~L A L U~ hanyut ~  dibawa ~ arus~
Kerna akalnya yang lemah tidak mampu melawan deras dan khayalnya !
yang mendakap di setiap penjuru ,  membuat ku lupa sementara !
~S e m e n t a r a~

                               
                                      (   mohamad faiz bin mahadi )








Friday 11 April 2014

D A J J A L - Menghampiri kita

assalamualaikum rakan-2 yang dikasihi,
hari ini aku tersedar dengan hidayah yang ALLAH kurniakan kepada ku. ketika  aku sedang menaip tentang tajuk ini, ketahuilah aku dalam keadaan yang sangat gerun dan takut (mengigil) .DAJJAL AL-MASIH semakin hampir ketika ini. Tersedar aku dengan pukulan ceramah yang disampaikan oleh dua ustaz yang aku ikuti selama ini tentang dajjal.  So aku merayu kepada korang, tolong lihat video yang aku share ni. kalau boleh guna volume yang tertinggi dan duduk dalam bilik . maaf. aku telah ingatkan korang.








Wednesday 2 April 2014

Kau kawan, sahabat & teman ...

assalamualaikum semua. 
hari ini saya ingin mendedikasikan sebuah lagu yang mengimbaukan kenangan manis bersama teman teman saya , ex-smkTDSrians. m i s s  you all.



Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua 
Saling mengejar cita 
Tak pernah kulupakan 
Detik yang indah bersamamu temanku
Huuuu....aaaaa.....
(ulang dari mula)
Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

Bersyukur apa adanya ...

Assalamualaikum w.b.t

hai all stalker and viewers.
"Terkadang sepi menyelubungi diri tanpa diundang, tanpa diminta , tanpa dipohon.
Hidup ini tidak seindah yang kita bayangkan, ibarat langit ,tidak selalunya cerah, tidak seperti yang kita inginkan"

Bersyukur lah dengan apa yang ada. kerna kesepian, kedukaan, kepahitan , keperitan dan kesakitan itu peluang dan ruang untuk mendekat kan lagi diri kita dengan yang esa. SUDAH menjadi lumrah, manusia ketika senang nya lupa daratan. Sebab itulah ALLAH sentiasa menguji hambanya, untuk mendekatkan lagi diri hambaNya dengan diriNYA.
 Jika perit, panjatkan lah doa mu kepada yang Maha Esa. Hanya DIAlah penyembuh duka lara. Kembalilah  kepadaNya. Redhakan lah setiap ujian yang menimpa dirimu. Anggap lah ia sebagai pemakin Kita untuk lebih berjaya. Jangan mudah putus asa. setiap kesengsaraan ada penawarnya. Cuma waktu  yang akan menentukan penyembur duka lara mu.
Jika disakiti, pohonlah doa agar orang itu mendapat hidayah Allah. maafkanlah dirinya. kita manusia biasa. sering alpa dan leka dalam pertuturan kata, dalam setiap tingkah laku. itu fitrah. maafkan lah, kerana besar ganjarannya untukmu.



"BERSYUKURLAH KERANA DIRIMU SEDANG DIUJI ALLAH".
#MAKINDEKATDENGANNYA

Monday 13 January 2014

Puisi untukmu Rasulullah

Dikeheningan malam yang syahdu , dikala bulan memancar terang,
teringat ku pada seorang insan yang diutus Allah kedunia untuk menyampaikan wahyu yang dimilikinya .
Dia bukan manusia biasa meskipun bergelar manusia. Dia adalah "kekasih ALLAH"

dear Rasulullah,
 tatkala aku terlihat bulan , aku merasa tenang.
sinaran bulan purnama yang terang itu ibarat  terang nya sinar mukamu.
 Bagaimanalah engkau sanggup membiarkan syurga ALLAH yang diimpikan oleh setiap insan hanya demi menungguku, umat mu.
ya Rasulullah , besar sungguh pengorbanan mu wahai kekasih ALLAH.. selawat dan salam ke Atas mu..
moga kau memberikan syafaatmu. Al-fatihah.



moga dapat mengikuti akhlakmu duhai kekasih Allah <3

Monday 6 January 2014

kita sudah semakin tua! 2014

Assalamualaikum kepada semua,

sedar tak sedar, kita telah berada di tahun2014. pabila tahun meningkat, umur kita pun meningkatlah.



Pabila umur meningkat, sedar tak sedar, nikmat yang telah ALLAH berikan kepada kita semakin kurang. satu demi satu nikmat ditariknya. Pabila usia bertambah semestinya , umur kita untuk menghadap Ilahi semakin dekat.

Antara nikmat yang ditarik ialah kesihatan tubuh badan  dimana, pabila seseorang telah berada di usia tuanya pasti sukar untuk mengerjakan perkara-perkara yang  dikerjanya dulu.. tak kiralah bersukan ke, beribadah ke , namun yang pasti , kuderat kita semakin lemah.. semakin tidak berdaya... disaat itu....
      yang hensem mungkin sudah pudar,
      yang cantik dan jelita mungkin telah berkedut,
      jejaka mahupun wanita yang hot dulunya mungkin telah Dilupakan,
      Dipinggirkan dan TAK LAKU lagii..

persoalanya  , ketika kuderat kita semakin lemah, apakah amalan yang kita boleh lakukan untuk melepasi titian sirat?
mengapakah kita mengejar dunia yang pasti menemui hari akhirnya?
mengapakah kita tidak cuba sedaya upaya memperbaiki diri ketika di usia muda dahulu?

ketika itu mungkin  rozita che wan sudah tidak dikenali.
ketika itu mungkin Adi putra tidak terdaya untuk bangun
ketika itu Kuangsoo mungkin telah nyayuk...  ingat masa pantas berlalu... meninggalkan kita.


JACKIE CHAN :













jackie chan dahulunya diminati ramai akibat rupa paras dan fizikal. tetepi kini dimanakah dia??


NASIR BILAL KHAN :



NAMPAK KAH ANDA PERBEZAAN MEREKA?? itu lah kita nanti....







muka kami pun semakin tuaa nanti...
Daku menyeru kepada semua, mari lah kita beristighfar kerana semakin cepat waktu berlalu,
semakin pantas kita menemui ALLAH.

persoalannya, apakah amalan kita???


sekiannn wasalammmm from
hamba ALLAH


Friday 3 January 2014

Rinduuu


 Setiap yang bertemu pasti akan berakhir dengan perpisahan.
Disaat itu, tabahkan lah hati wahai sahabat-sahabat ku, aku sudah tiada untuk menghentikan air matamu. 

Aku telah tiada untuk menghiburkan hatimu yang kecewa akibat kegagalan hidupmu.
Di waktu itu, aku mungkin tiada ...

Perasaan yang aku rasakan kini ada lah satu nikmat.
ALLAH yang menitipkan perasaan terindah ini, meskipun ia perit untuk disimpan.
namun biarla ia menjadi rahsia abadi.
aku tak sanggup mengatur kata-kata rindu pada mereka ...
Mereka yang terdiri daripada keluarga dan rakan-rakan.

Perkataan yang sukar untuk aku lafazkan ialah....
i miss you.






we now very far apart, but i never forget your name when i prayed.
majulah mengejar cinta dan cita-cita

salam sayang, Ismi Hamba ALLAH.