Far-East Here !!!

Monday 9 December 2013

Di saat lafaz sakinah

Assalamualaikum w.b.t  hari ini,
aku, ingin menceritakan tentang suatu peristiwa penting yang berlaku dalam kehidupan aku dan keluargaku.
 Detik penuh indah ini, bermula sewaktu, abangku, Mohamad Farhan bin Mahadi , melafazkan akad nikah dengan wanita idamannya Nur Marinah bt Zainuddin.

Wanita berwajah ayu itu, telah dikenali olehnya semenjak mereka berusia 14 tahun lagi. ketika itu, mereka bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama johor jaya. Hubungan yang memakan masa hampir belasan tahun itu, diakhiri dengan sebuah pernikahan pada tangal 29, bulan November tahun 2013 pada hari jumaat.

Sebak yang tidak terhingga, pabila seorang abang yang aku sekeluarga kasihi, selesai mengungkapkan lafaz sakinah yang penuh bermakna yang tidak mampu diungkapkan melalui pertuturan mahu pun lisan seperti mana yang cuba aku sampaikan di dalam blog aku ini. Tidak ku duga, masa terlalu pantas berlalu sehinggakan aku sekeluarga bakal menerima seorang lagi ahli keluarga jelita di dalam keluaga ku ini.






           
              sweet kan? ini lah mereka di zaman sekolah dahulu...             






                                   Aku doakan agar pasangan ini, terust bersama dan berbahagia di akhir hayat mereka  AMINN :)



No comments:

Post a Comment