Far-East Here !!!

Monday 26 January 2015

Kebuntuan mencari penyudah

assalamualaikum dan hai penduduk kampung.

      "stay fit for the tournament".
Aku sekarang sedang menjalani praktikal di sebuah kilang terkemuka (rahsia) . so untuk group praktikal ni, kami ada team futsal sebab in februari akan ada tournament yang dianjurkan oleh engineer kilang. Posisi aku dalam team seorang striker. aku tahu kualiti aku di posisi itu. Tapi lately, aku rasa tumpul sikit. sebenarnya, puncanya dari kurang latihan dan aku rasa aku sangat tak fit. sebenarnya aku teringin nak jadi seorang penyerang untuk pasukan JDT tp siapalah yang mampu kesan bakat aku ni. haha. Lagipun aku da nak cecah 20-an that mean peluang aku amat tipis.

Aku selalu berangan- angan untuk menyarung jersi Johor. tp angan  tetap angan. aku rasa memang angan - angan akan terus menjadi angan-angan. tiada realitinya disitu. tapi kalau aku diberi peluang, aku tahu apa yang aku boleh sumbangkan kepada team ni. Anak jati johor mestilah nak berkhidmat untuk johor yedak.. actually, aku rasa, sepanjang aku menceburkan diri dalam bidang bola sepak yang tak professional ni, aku dah banyak jaringkan goal superb. aku rasa aku layak untuk main secara professional. haha. tp angan tetap angan. mungkin sebab aku tiada cable kot.. tapi best jugak berangan...

okay, berbalik kepada tajuk, aku lately buntu mencari goal. Benda ni berpunca sebab satu masalah je. iaitu lacked of confidences.  tapi aku boleh bangkit. actually tak teruk mana, tp aku tahu apa yang aku boleh buat.  sorry lah kepada viewers sebab kali ini aku memang nak tulis syok sendiri sikit. sebab aku tahu apa yang aku boleh buat. persoalanya, adakah semua impian akan menjadi kenyataan? aku harap ya.  kalau ada peluang dan ruang, kalau itu yang terbaik untuk aku, inshaAllah  boleh.

No comments:

Post a Comment